Tuesday, May 19, 2015

Diet Untuk Anak Kucing

Diet Untuk Anak Kucing | SEBAGAI satu peraturan umum, kucing yang berusia kurang daripada satu tahun masih dianggap sebagai anak kucing.
Si comel yang berusia kurang daripada satu tahun ini perlu diberi makanan peliharaan yang dirumus khas sehingga umurnya mencapai satu tahun.

Bagi baka kucing yang lebih besar seperti maine coon, ia dikecualikan kerana kucing jenis ini mencapai tahap kematangan dewasa pada usia 18 bulan hingga dua tahun.
Pada waktu kecil, anak kucing ini suka bermain dan sangat aktif. Pada umur ini, ia memerlukan diet pemakanan yang membekalkan tenaga tinggi untuk pembesaran dan perkembangan tubuh si comel.
Apa yang membezakan makanan anak kucing dengan kucing dewasa?
Pecahan saiz makanan anak kucing adalah lebih kecil berbanding kucing dewasa tetapi ia memberi lebih banyak kalori untuk tenaga.
Ia juga dirumuskan dengan profil nutrisi yang dipertingkatkan dan menjadikannya makanan yang lengkap serta seimbang berbanding dengan menu kucing dewasa.
Pemakanan anak kucing
Kucing yang berumur kurang daripada setahun dianggap sebagai anak kucing. Pada masa yang sama, si comel ini memerlukan makanan yang dirumuskan dengan nutrien bagi pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Antara nutrien yang diperlukan anak kucing ialah:
1. Lebih banyak kalori, protein dan lemak berbanding makanan kucing dewasa bagi memenuhi keperluan pertumbuhan tubuhnya.
2. DHA asid lemak omega yang merupakan nutrien penting untuk otak dan penglihatan anak kucing.
3. Vitamin dan mineral termasuk vitamin E serta selenium adalah antioksidan bermanfaat yang membantu sistem imun dalam tumbesaran anak kucing.
4. Anak kucing juga memerlukan kalsium yang optimum kepada nisbah fosforus untuk pertumbuhan tulang yang betul.
Bantu kucing membesar
Adakah anda mahu makanan kucing membantu si comel terus membesar dengan sihat?
Kucing juga sama seperti manusia iaitu mempunyai keperluan makanan yang kompleks.
Ia boleh menjadi sukar kepada pemilik kucing untuk memahami setiap aspek mengenai keperluan-keperluan kucing mereka. Namun, mereka perlu melihat di sebalik makanan kucing tersebut.
Menyediakan diet seimbang
Bagi melihat si comel membesar dengan sihat, penyediaan makanan yang lengkap dan seimbang perlu disediakan kepada anak kucing ini.
Di Purina, mereka mengkaji dengan teliti mengenai pemakanan kucing liar dan makanan yang dihasilkan adalah menggunakan ramuan-ramuan berkualiti tinggi mengikut kehendak kucing tersebut.
Fisiologi kucing
Bagi memahami keperluan kucing, anda perlu lihat mengenai fisiologi si comel anda.
Sistem imun
Protein dan antioksidan yang terdapat dalam Omega-6 asid lemak membantu menyokong sistem imun kucing anda.
Kulit dan bulu
Asid amino tertentu (blok binaan protein), Omega-6 asid lemak dan vitamin E membantu mengekalkan bulu kucing anda berkilat.
Penghadaman
Bijirin sihat dan sumber protein yang berkualiti tinggi menjadikan ia mudah untuk kucing anda mencerna nutrisi dalam makanannya.
Tulang dan gigi
Bagi membantu menyokong tulang yang kuat, kucing memerlukan kalsium dan fosforus.
Penglihatan
Vitamin A dan taurina membantu mengekalkan penglihatan kucing yang tajam.
Kesihatan kucing anda bermula dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Kami berharap, panduan ini memberikan anda maklumat diperlukan untuk memilih makanan yang betul untuk kucing anda.





0 comments:

Post a Comment