Tips Memotong Kuku Kucing | Bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing dengan cara yang betul? Disini admin ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing.
Hari ini kami ingin bagi tips memotong kuku kucing. Kenapa kita harus memotong kuku kucing? Kalau tengok betul-betul, kuku kucing melengkung. Maka makin panjang makin melengkung ke dalam.
Jadi ini mengelakkan kuku kucing ni mencederakan diri mereka sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kucing yang duduk dalam rumah. Lagi satu, kalau kita nak mandikan atau nak bagi makan ubat, taklah kita tercedera kena cakaran kucing itu.
Lagipun, cakaran kucing boleh menyebabkan jangkitan Cat Scratch Disease atau Tetanus.
Potong kuku kucing juga penting bila kucing mengalami gatal2 seperti jangkitan kurap dan fungus atau hama telinga.
Antara tips pemotongan kuku kucing :-
- Pegang kucing anda (sebaiknya 2 orang diperlukan untuk prosedur ini) dengan baik seperti peluk dia mendekati dada anda (bagi kucing yang memberi kerjasama) atau scruff(belakang lehernya bagi kucing yang tidak bekerjasama) dan satu tangan pegang lengannya.Orang yang kedua (yang telah bersedia memegang pemotong) perlu memegang jari kucing dan tekan perlahan2 supaya kuku lebih jelas kelihatan (seperti dalam gambar di bawah).
- Gambar di atas menunjukkan di mana kita harus memotong kuku kucing (Cut here). Potong dengan berhati-hati dan satu persatu. (Jangan panik kalau kuku kucing berdarah jika anda terpotong terlalu dalam. Ketap kuku berdarah dengan kapas untuk beberapa minit. Darah akan berhenti mengalir dengan sendirinya)
4. Sebolehnya lakukan ketika kucing berada di dalam keadaan rileks ataupun sedang tidur.
5. Kalau masih lagi takut nak potong sendiri, boleh hantar ke salun haiwan yang bukan sahaja memotong dan membersihkan kuku sicomel malah berdandan (grooming).
6 Kekerapan memotong bergantung pada keadaan kuku kucing itu, kebiasaannya sebulan sekali.
0 comments:
Post a Comment