Showing posts with label Tips Dan Panduan. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Panduan. Show all posts

Sunday, April 12, 2015

Tips Memotong Kuku Kucing

Tips Memotong Kuku Kucing | Bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing dengan cara yang betul? Disini admin ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing


Hari ini kami ingin bagi tips memotong kuku kucing. Kenapa kita harus memotong kuku kucing? Kalau tengok betul-betul, kuku kucing melengkung. Maka makin panjang makin melengkung ke dalam.

Jadi ini mengelakkan kuku kucing ni mencederakan diri mereka sendiri. Lebih-lebih lagi  kalau kucing yang duduk dalam rumah. Lagi satu, kalau kita nak mandikan atau nak bagi makan ubat, taklah kita tercedera kena cakaran kucing itu.

Lagipun, cakaran kucing boleh menyebabkan jangkitan Cat Scratch Disease atau Tetanus.

Potong kuku kucing juga penting bila kucing mengalami gatal2 seperti jangkitan kurap dan fungus atau hama telinga.

Antara tips pemotongan kuku kucing :-

  1. Pegang kucing anda (sebaiknya 2 orang diperlukan untuk prosedur ini) dengan baik seperti peluk dia mendekati dada anda (bagi kucing yang memberi kerjasama) atau scruff(belakang lehernya bagi kucing yang tidak bekerjasama) dan satu tangan pegang lengannya.


    Orang yang kedua (yang telah bersedia memegang pemotong) perlu memegang jari kucing dan tekan perlahan2 supaya kuku lebih jelas kelihatan (seperti dalam gambar di bawah).


  2. Gambar di atas menunjukkan di mana kita harus memotong kuku kucing (Cut here). Potong dengan berhati-hati dan satu persatu. (Jangan panik kalau kuku kucing berdarah jika anda terpotong terlalu dalam. Ketap kuku berdarah dengan kapas untuk beberapa minit. Darah akan berhenti mengalir dengan sendirinya)
4. Sebolehnya lakukan ketika kucing berada di dalam keadaan rileks ataupun sedang tidur.

5. Kalau masih lagi takut nak potong sendiri, boleh hantar ke salun haiwan yang bukan sahaja memotong dan membersihkan kuku sicomel malah berdandan (grooming).

6  Kekerapan memotong bergantung pada keadaan kuku kucing itu, kebiasaannya sebulan sekali.

Monday, January 27, 2014

Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 2


Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 2 | Sambungan dari Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 1, admin ingin berkongsi faktor atau tanda-tanda lain kucing sakit. Selain dari faktor hilang selera makan aialah susah hendak makan. Ayat hampir sama tapi membawa maksud yang berbeza.

Susah Hendak Makan

Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 1


Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit?- Bahagian 1 | Mesti kita risaukan kalau kucing kesayangan kita sakit. Begitu juga dengan admin. Sangat risau. Selain terus menghantar kucing kesayangan terus ke klinik haiwan, kita boleh melakukan beberapa pemeriksaan dan pemerhatian secara manual terhadap kucing kesayangan kita.

Terdapat beberapa tanda kucing kesayangan sakit antaranya ialah : 

Hilang Selera Makan
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:
  1. Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
  2. Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
  3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
  4. Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
  5. Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
  6. Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).
  7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
  8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)


Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Jika ini berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
  1. Kucing demam.
  2. Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
  3. Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
  4. Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.
  5. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.