Tuesday, May 19, 2015

Diet Untuk Anak Kucing

Diet Untuk Anak Kucing | SEBAGAI satu peraturan umum, kucing yang berusia kurang daripada satu tahun masih dianggap sebagai anak kucing.
Si comel yang berusia kurang daripada satu tahun ini perlu diberi makanan peliharaan yang dirumus khas sehingga umurnya mencapai satu tahun.

Bagi baka kucing yang lebih besar seperti maine coon, ia dikecualikan kerana kucing jenis ini mencapai tahap kematangan dewasa pada usia 18 bulan hingga dua tahun.
Pada waktu kecil, anak kucing ini suka bermain dan sangat aktif. Pada umur ini, ia memerlukan diet pemakanan yang membekalkan tenaga tinggi untuk pembesaran dan perkembangan tubuh si comel.
Apa yang membezakan makanan anak kucing dengan kucing dewasa?
Pecahan saiz makanan anak kucing adalah lebih kecil berbanding kucing dewasa tetapi ia memberi lebih banyak kalori untuk tenaga.
Ia juga dirumuskan dengan profil nutrisi yang dipertingkatkan dan menjadikannya makanan yang lengkap serta seimbang berbanding dengan menu kucing dewasa.
Pemakanan anak kucing
Kucing yang berumur kurang daripada setahun dianggap sebagai anak kucing. Pada masa yang sama, si comel ini memerlukan makanan yang dirumuskan dengan nutrien bagi pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Antara nutrien yang diperlukan anak kucing ialah:
1. Lebih banyak kalori, protein dan lemak berbanding makanan kucing dewasa bagi memenuhi keperluan pertumbuhan tubuhnya.
2. DHA asid lemak omega yang merupakan nutrien penting untuk otak dan penglihatan anak kucing.
3. Vitamin dan mineral termasuk vitamin E serta selenium adalah antioksidan bermanfaat yang membantu sistem imun dalam tumbesaran anak kucing.
4. Anak kucing juga memerlukan kalsium yang optimum kepada nisbah fosforus untuk pertumbuhan tulang yang betul.
Bantu kucing membesar
Adakah anda mahu makanan kucing membantu si comel terus membesar dengan sihat?
Kucing juga sama seperti manusia iaitu mempunyai keperluan makanan yang kompleks.
Ia boleh menjadi sukar kepada pemilik kucing untuk memahami setiap aspek mengenai keperluan-keperluan kucing mereka. Namun, mereka perlu melihat di sebalik makanan kucing tersebut.
Menyediakan diet seimbang
Bagi melihat si comel membesar dengan sihat, penyediaan makanan yang lengkap dan seimbang perlu disediakan kepada anak kucing ini.
Di Purina, mereka mengkaji dengan teliti mengenai pemakanan kucing liar dan makanan yang dihasilkan adalah menggunakan ramuan-ramuan berkualiti tinggi mengikut kehendak kucing tersebut.
Fisiologi kucing
Bagi memahami keperluan kucing, anda perlu lihat mengenai fisiologi si comel anda.
Sistem imun
Protein dan antioksidan yang terdapat dalam Omega-6 asid lemak membantu menyokong sistem imun kucing anda.
Kulit dan bulu
Asid amino tertentu (blok binaan protein), Omega-6 asid lemak dan vitamin E membantu mengekalkan bulu kucing anda berkilat.
Penghadaman
Bijirin sihat dan sumber protein yang berkualiti tinggi menjadikan ia mudah untuk kucing anda mencerna nutrisi dalam makanannya.
Tulang dan gigi
Bagi membantu menyokong tulang yang kuat, kucing memerlukan kalsium dan fosforus.
Penglihatan
Vitamin A dan taurina membantu mengekalkan penglihatan kucing yang tajam.
Kesihatan kucing anda bermula dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Kami berharap, panduan ini memberikan anda maklumat diperlukan untuk memilih makanan yang betul untuk kucing anda.





Wednesday, April 15, 2015

Alat Permainan Yang Sesuai Untuk Kucing

Alat Permainan Yang Sesuai Untuk Kucing | Apakah alat permainan yang sesuai untuk kucing? Alat mainan ini adalah untuk menghilangkan rasa kebosanan kucing tersebut. Lagi pun kita turut rasa seronok tengok melihat kerenah ketika mereka bermain. Pelbagai ragam. Lagi-lagi kalau ada yang lincah dan aktif. Yang penting alat mainan kucing tersebut selamat. Keselamatan kucing turut memainkan peranan. 


Sekarang terdapat pelbagai pilihan yang berada di pasaran atau pun online. Kadang-kadang sebagai pemilik kucing tersebut rasa rambang mata ketika membuat pilihan. Bergantung kepada kewangan pemilik itu sendiri. Malahan ada sesetengah alat permainan boleh dibuat sendiri juga. Berikut merupakan antara alat permainan yang sesuai untuk kucing ialah seperti berikut:

1. Bola Getah


2. Bola Benang


3. Cat Scratch

4. Cat Toys

5. Cat Tree


6. Seeking Hut

7. Tunnel

8. Hammock

Monday, April 13, 2015

Kenapa Kucing Makan Rumput

Kenapa Kucing Makan Rumput | Mula-mula admin tengok pelik bila kucing makan rumput. Sebab kucing merupakan haiwan karnivor dan bukan herbivor. Tetapi ini merupakan fakta dan bukan auta. Sebenarnya setiap perilaku kucing ada sebabnya. 



Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.

Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali hairball.


Jika anda memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya anda boleh menanam rumput di dalam pasu supaya kucing anda boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.

Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing korang, (boleh beli di petshop) bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.

Sunday, April 12, 2015

Tips Memotong Kuku Kucing

Tips Memotong Kuku Kucing | Bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing dengan cara yang betul? Disini admin ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing


Hari ini kami ingin bagi tips memotong kuku kucing. Kenapa kita harus memotong kuku kucing? Kalau tengok betul-betul, kuku kucing melengkung. Maka makin panjang makin melengkung ke dalam.

Jadi ini mengelakkan kuku kucing ni mencederakan diri mereka sendiri. Lebih-lebih lagi  kalau kucing yang duduk dalam rumah. Lagi satu, kalau kita nak mandikan atau nak bagi makan ubat, taklah kita tercedera kena cakaran kucing itu.

Lagipun, cakaran kucing boleh menyebabkan jangkitan Cat Scratch Disease atau Tetanus.

Potong kuku kucing juga penting bila kucing mengalami gatal2 seperti jangkitan kurap dan fungus atau hama telinga.

Antara tips pemotongan kuku kucing :-

  1. Pegang kucing anda (sebaiknya 2 orang diperlukan untuk prosedur ini) dengan baik seperti peluk dia mendekati dada anda (bagi kucing yang memberi kerjasama) atau scruff(belakang lehernya bagi kucing yang tidak bekerjasama) dan satu tangan pegang lengannya.


    Orang yang kedua (yang telah bersedia memegang pemotong) perlu memegang jari kucing dan tekan perlahan2 supaya kuku lebih jelas kelihatan (seperti dalam gambar di bawah).


  2. Gambar di atas menunjukkan di mana kita harus memotong kuku kucing (Cut here). Potong dengan berhati-hati dan satu persatu. (Jangan panik kalau kuku kucing berdarah jika anda terpotong terlalu dalam. Ketap kuku berdarah dengan kapas untuk beberapa minit. Darah akan berhenti mengalir dengan sendirinya)
4. Sebolehnya lakukan ketika kucing berada di dalam keadaan rileks ataupun sedang tidur.

5. Kalau masih lagi takut nak potong sendiri, boleh hantar ke salun haiwan yang bukan sahaja memotong dan membersihkan kuku sicomel malah berdandan (grooming).

6  Kekerapan memotong bergantung pada keadaan kuku kucing itu, kebiasaannya sebulan sekali.

Timmy Kucing Vampire

Timmy Kucing Vampire | Pernah tengok tak Timmy? Kenapa Timmy ini digelar Kucing Vampire? Selepas tengok gambarnya pasti anda sudah tahu jawapannya.


Sekali pandang Timmy ini memang seperti kucing biasa. Bezanya , kucing hitam ini memang punya aura seram yang lebih daripada kucing-kucing hitam yang lain dek kerana mempunyai gigi taring tak ubah seperti  hantu vampire dan dracula . Kucing secara normalnya memang mempunyai gigi taring tapi gigi taring yang dimiliki oleh si comel ini agak berbeza kerana ianya berada di luar mulut dan ironinya kucing ini mempunyai bulu berwarna hitam sepenuhnya.

Thursday, April 9, 2015

Kucing

KucingKucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.


Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.


Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba,Viking dan juga Cina.