Wednesday, April 15, 2015

Alat Permainan Yang Sesuai Untuk Kucing

Alat Permainan Yang Sesuai Untuk Kucing | Apakah alat permainan yang sesuai untuk kucing? Alat mainan ini adalah untuk menghilangkan rasa kebosanan kucing tersebut. Lagi pun kita turut rasa seronok tengok melihat kerenah ketika mereka bermain. Pelbagai ragam. Lagi-lagi kalau ada yang lincah dan aktif. Yang penting alat mainan kucing tersebut selamat. Keselamatan kucing turut memainkan peranan. 


Sekarang terdapat pelbagai pilihan yang berada di pasaran atau pun online. Kadang-kadang sebagai pemilik kucing tersebut rasa rambang mata ketika membuat pilihan. Bergantung kepada kewangan pemilik itu sendiri. Malahan ada sesetengah alat permainan boleh dibuat sendiri juga. Berikut merupakan antara alat permainan yang sesuai untuk kucing ialah seperti berikut:

1. Bola Getah


2. Bola Benang


3. Cat Scratch

4. Cat Toys

5. Cat Tree


6. Seeking Hut

7. Tunnel

8. Hammock

Monday, April 13, 2015

Kenapa Kucing Makan Rumput

Kenapa Kucing Makan Rumput | Mula-mula admin tengok pelik bila kucing makan rumput. Sebab kucing merupakan haiwan karnivor dan bukan herbivor. Tetapi ini merupakan fakta dan bukan auta. Sebenarnya setiap perilaku kucing ada sebabnya. 



Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.

Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali hairball.


Jika anda memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya anda boleh menanam rumput di dalam pasu supaya kucing anda boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.

Jadi, untuk menghindari hairball sebaiknya sikat bulu kucing korang, (boleh beli di petshop) bagi mengurangkan kuantiti bulu gugur yang ditelan.

Sunday, April 12, 2015

Tips Memotong Kuku Kucing

Tips Memotong Kuku Kucing | Bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing dengan cara yang betul? Disini admin ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita memotong kuku kucing


Hari ini kami ingin bagi tips memotong kuku kucing. Kenapa kita harus memotong kuku kucing? Kalau tengok betul-betul, kuku kucing melengkung. Maka makin panjang makin melengkung ke dalam.

Jadi ini mengelakkan kuku kucing ni mencederakan diri mereka sendiri. Lebih-lebih lagi  kalau kucing yang duduk dalam rumah. Lagi satu, kalau kita nak mandikan atau nak bagi makan ubat, taklah kita tercedera kena cakaran kucing itu.

Lagipun, cakaran kucing boleh menyebabkan jangkitan Cat Scratch Disease atau Tetanus.

Potong kuku kucing juga penting bila kucing mengalami gatal2 seperti jangkitan kurap dan fungus atau hama telinga.

Antara tips pemotongan kuku kucing :-

  1. Pegang kucing anda (sebaiknya 2 orang diperlukan untuk prosedur ini) dengan baik seperti peluk dia mendekati dada anda (bagi kucing yang memberi kerjasama) atau scruff(belakang lehernya bagi kucing yang tidak bekerjasama) dan satu tangan pegang lengannya.


    Orang yang kedua (yang telah bersedia memegang pemotong) perlu memegang jari kucing dan tekan perlahan2 supaya kuku lebih jelas kelihatan (seperti dalam gambar di bawah).


  2. Gambar di atas menunjukkan di mana kita harus memotong kuku kucing (Cut here). Potong dengan berhati-hati dan satu persatu. (Jangan panik kalau kuku kucing berdarah jika anda terpotong terlalu dalam. Ketap kuku berdarah dengan kapas untuk beberapa minit. Darah akan berhenti mengalir dengan sendirinya)
4. Sebolehnya lakukan ketika kucing berada di dalam keadaan rileks ataupun sedang tidur.

5. Kalau masih lagi takut nak potong sendiri, boleh hantar ke salun haiwan yang bukan sahaja memotong dan membersihkan kuku sicomel malah berdandan (grooming).

6  Kekerapan memotong bergantung pada keadaan kuku kucing itu, kebiasaannya sebulan sekali.

Timmy Kucing Vampire

Timmy Kucing Vampire | Pernah tengok tak Timmy? Kenapa Timmy ini digelar Kucing Vampire? Selepas tengok gambarnya pasti anda sudah tahu jawapannya.


Sekali pandang Timmy ini memang seperti kucing biasa. Bezanya , kucing hitam ini memang punya aura seram yang lebih daripada kucing-kucing hitam yang lain dek kerana mempunyai gigi taring tak ubah seperti  hantu vampire dan dracula . Kucing secara normalnya memang mempunyai gigi taring tapi gigi taring yang dimiliki oleh si comel ini agak berbeza kerana ianya berada di luar mulut dan ironinya kucing ini mempunyai bulu berwarna hitam sepenuhnya.

Thursday, April 9, 2015

Kucing

KucingKucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.


Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.


Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba,Viking dan juga Cina.

Tuesday, February 18, 2014

10 Haiwan Peliharaan Termahal Di Dunia

10 Haiwan Peliharaan Termahal Di Dunia | Haiwan peliharaan apa yang tersenarai dalam senarai termahal di dunia? 

10. Blue Mutation Amazon
1.00 USD = RM3.01210

Harga = RM60,242.00 

Dikala ramai orang berfikir mereka tidak wujud lagi, lelaki yang bernama Howard Voren mendahului segala kajian terhadap haiwan yang jarang ditemui ini. Dia menerima panggilan dari Honduras di mana sepasang binatang tersebut telah dikenalpasti. Dia memperolehi jantan dan betina dan cuba untuk membiakkan pasangan tersebut. Selepas banyak percubaan dia berjaya. Mutasi biru amazon adalah yang paling dikehendaki di dunia selepas burung kakak tua ini membawa hampir USD20,000.00 seekor.



09. Lavender Albino Ball Python
Harga = RM120,484.00

Dalam 2003, dua ekor ular 'albino python' di khabarkan telah disenyawa di Afrika. Selepas perbincangan, di mana kedengaran akhirnya pada USD40,000.00, dua 'pyton ' tersebut di perolehi yang juga dikatakan bentuk yang tak baik. Namun selepas penghabitatan semula mereka membiakkan ular tersebut dan mungkin di jual sekitar USD20,000.00 dalam musim panas.



08. Bengal Cat
Harga = RM126,508.00



Kucing Bengal biasanya dijual dalam USD800-USD1500 dalam 'ballpark' dan biasanya dijual di London, England tahun 1998. Generasi kedua kucing ini dijual dengan harga USD42,000.00 kepada seorang wanita yang tidak diketahui. Harga tinggi yang luarbiasa untuk keturunan kucing ini datang daripada garis darah pembiakan. Persatuan Pencinta Kucing, organisasi tertua dan dihormati, tidak dapat memastikan pembiakkan berpunca dari "non-domestik" datang dari alurdarah kucing Savanah. 



07. Chimpanzee
Harga = RM165,665.50

Memang sukar dinafikan yang anak Chimpanzi bukanlah binatang peliharaan yang comel, tetapi begitu juga bila ia membesar. Berat purata chimpanzi adalah sekitar 150-250 paun da 10 kali lebih kuat dari purata lelaki. Walaupun banyak insiden yang terjadi sejak akhir ini namun ramai orang masih membeli anak binatang ini yang diaggarkan sekitar USD50,000.00-USD75,000.00.



06. Stag Beetle
Harga = RM268,076.90


Stag Beetle adalah salah satu daripada 1200 serangga dalam keluarga Lucanidae diketahui melalui darah rahang cangkuk (tanduk yang keluar dari kepalanya). Dengan panjang purata Stag Beetle sekitar 2-3 inci, tetapi satu pernah dibeli dari peruncit melebihi 3 inci panjang. Penternak kumbang Jepun telah di bayar USD89,000.00 segera untuk serangga yang jarang di jumpai ini.



05. White Lion Cub
Harga = RM415,669.80


Waktu anak binatang ini mungkin kelihatan sesuatu yang akan mendakap anak yang beumur 3 tahun anda, anak binatang ini bertukar menjadi naga dengan memakan 300 paun daging. Singa putih bukanla sub spesis singa Afrika, namun kepincangan tugas genetik telah menyebabkan mereka semua menjadi putih. Di Afrika Selatan,di mana kebanyakan dari 400 ekor boleh di jumpa, mereka telah menerima binatang yang jarang dan cantik untuk dimiliki.



04. Sir Lancelot Encore
Harga = RM466,875.50


Selepas Edgar dan Nina Otto hilang anjing kesayangan mereka Lancelot pada 2008, pasangan Florida itu telah mendapat Lancelot mereka balik hanya setahun kemudian. Lancelot Encore dicipta dari DNA yang sama dari anjing Lancelot kesayangan mereka. Pasangan ini telah memenangi pengklonan-anjing di lelongan Bio-Art di San Francisco dengan tanda harga yang memberansangkan USD155,000.00. 



03. Tibetan Mastiff
Harga = RM1,753,042.20



Memegang rekod untuk anjing paling mahal yang pernah di beli, 'Yangtze River Number Two' ialah anjing besar hitam yang mana kalau berdiri hampir 31 inci tinggi. Anjing tersebut telah dibeli oleh jutawan muda yang dikenali sebagai Mr.Wang. Waktu dibeli pada umur 18 bulan, 'mastiff' hitam ini tiba dengan gaya, iaitu mendekati rumahnya dengan perarakan 30 buah kereta.



02. Missy
Harga = RM3,614,520.00



Missy adalah Lembu Holsten yang berwarna hitam putih dan berumur 3 tahun. Dia pada waktu ini mmgang rekod untuk lembu yang paling mahal pernah dijual di pasaran. Memenangi gelaran Grand Champion 2009 di Western Fall National Show dan merupakan lembu terbaik dipamerkan di Amerika Utara dan membuatkan lembu betina ini sasaran untuk pembeli. Missy dijual pada USD1.2 juta di Ontario, Kanada pada 11 November 2009.



01. Green Monkey
Harga = RM48,193,600.00


The Green Monkey telah dibeli sebagai 2 tahun kuda lumba di Calder Race Course oleh Demi O'Byrne. Sebagai keturunan pemenang 2 kali Kentucky Derby, pemenang bidaan lelong berharap tinggi pada kuda muda ini namun 'Green Monkey' tidak pernah menang perlumbaan. Kuda 16 juta ini sekarang sebagai kuda sewa dengan hanya USD5,000.00 da telah bersara dari berlumba selepas berada di tempat terburuk perlumbaan.

Monday, January 27, 2014

Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 2


Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 2 | Sambungan dari Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 1, admin ingin berkongsi faktor atau tanda-tanda lain kucing sakit. Selain dari faktor hilang selera makan aialah susah hendak makan. Ayat hampir sama tapi membawa maksud yang berbeza.

Susah Hendak Makan

Hilang selera makan dan susah hendak makan ialah suatu perkara yang berbeza. Kucing susah hendak makan bukan kerana kurang selera makan tetapi sebaliknya kucing yang susah nak makan makanannya kerana kucing mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit? - Bahagian 1


Bagaimana Hendak Kenalpasti Kucing Sakit?- Bahagian 1 | Mesti kita risaukan kalau kucing kesayangan kita sakit. Begitu juga dengan admin. Sangat risau. Selain terus menghantar kucing kesayangan terus ke klinik haiwan, kita boleh melakukan beberapa pemeriksaan dan pemerhatian secara manual terhadap kucing kesayangan kita.

Terdapat beberapa tanda kucing kesayangan sakit antaranya ialah : 

Hilang Selera Makan
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Kiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia. Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan. Kucing sihat hilang selera makan ada beberapa sebab:
  1. Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
  2. Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
  3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
  4. Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
  5. Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
  6. Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula - ini perlu dielakkan).
  7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
  8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)


Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Jika ini berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat. Kucing yang sakit, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
  1. Kucing demam.
  2. Kucing sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
  3. Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
  4. Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.
  5. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.